Tuesday, 15 March 2011

kisah benar

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Sebak dada bila membaca....Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah.. .

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat diatas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa akudi tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu keretaayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada kuteramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apalagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhadual lailahaillallah. ........" ucapanitu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusiayang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkannasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernahmerotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suaraabang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itukata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abangmenjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah... ..Tapi mataku...... .semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidakmahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyakingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidaksemudah yang kaulafazkan, abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaransuara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampumenangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi, ibu.....akutidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku."Yassin..... .".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itusuara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagisakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikatmaut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dansemakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi..Akutidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, akuberdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku,aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa merekasemua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan danrintihan "Panas,dahaga, haus,panas. .......". tapi tiada siapa pun yangpeduli.Nenekku datang,"Nenek. ......... .". "Kau dahaga cu,kau laparcu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minumair ini".

"Ibu.......".Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkanislam, matilah dalam agama yahudi......" .Ayah.......kau datang ayah......." ."Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agamayang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kaukah tadi??Kenapa kau berubahlaku? ?Atau suara syaitan yang inginmemurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailaha illallah......".Ucapanitu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudahmenjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusiaberjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya" Mari ikutkami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merahdatang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......! !!!!!". Kedinginanmenjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kiniseluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut dihujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahiwainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup matamemandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampahyang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampahni?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....".

"Assalamualaikum. ....."."Siapa yang memberi salam itu?"."Aku"."Kau siapa wahai pemuda???".Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidakpernah melihat orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di duniaini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya danmulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik, loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?"."Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodohdan sejijik ini"."Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari"."Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wadini mendengarnya."Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini"."Akulah amalanmu yang keji........ ..".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kitalakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramathodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Akumemang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kaukurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dansudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surahyassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kak long dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku disirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat aku???Akumalu.....malu. ....malu. .....!!!! !!".Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celahbadanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolongrimas....panas. .......". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapaorang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang beradadi saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?Aku teringat kata-kata ustazku dahulu."Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .Dan kinibaru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan didalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah! "Keengaran suaratok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori dibelakang.tapi kemana dia bawanya aku?".. Nun jauh di sana,kelihatan tanahperkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!" . Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yangbesaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan kedalam liang itu. "Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang ke dalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?"."Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah"."Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang,dan kepadaAllah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tokimam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar....... .".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong !!!! THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHORLEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH..... "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA AKHIRAT

1 comment:

  1. SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA AKHIRAT..
    itu lah yang boleh diungkapkan bagaimana sakitnya mati itu..
    begitulah yang dirasa oleh rasullullah s.a.w...
    ketika baginda menghadapi sakaratul maut..
    sehinggakan malaikat jibrail tidak memandang rasullullah yang tengah menghadapi sakaratul maut itu..
    tetapi sebelum rasullullah menghembuskan nafas terakhir baginda sempat menyebut ummatti sebanyak tiga kali..
    tidakkah kite sedar bahawa betapa sayangnya rasullullah terhadap..
    umatnya..
    oleh itu mari kita selawat keatas nabi dengan ikhlas tidak kira senang atau susah..
    tak kiralah bulan kelahiran nabi atu tidak..
    selawat sebanyak mana pun asalkan kita ikhlas..

    ReplyDelete